Malaysian

Perdagangan hidupan liar secara haram dan tidak lestari memberi padah kepada kita semua- Apa yang boleh kita buat?

Perdagangan hidupan liar secara haram atau tidak lestari mengancam biodiversiti, perkhidmatan ekosistem, punca pendapatan masyarakay dan taraf ekonomi seluruh dunia. Pakar daripada seluruh dunia sering memberi kita amaran tentang padah yang terkait rapat dengan aktiviti perdagangan ini, dan cara-cara kita boleh mengelakkan hal ini daripada terus berkembang

Marmoset being illegally sold in Brazil. Photo: Marco Antonio de Freitas.

Tumbuhan, haiwan, kulat dan mikroorganisma serta produk yang disalurguna daripada hidupan liar akan diperdagang di seluruh dunia, dengan tujuan yang pelbagai, sebagai contoh digunakan sebagai bahan makanan, perhiasan, fesyen, dan perabot. Selain itu, sebahagian daripada hidupan liar ini dijual hidup-hidup sebagai binatang peliharaan, sampel kajian, ataupun bahan pameran di zoo, taman botani dan taman air. 

Hidupan liar juga memainkan peranan ekonomi dan social yang penting, khususnya kepada masyarakat tempatan, sama ada digunakan untuk tujuan persendirian ataupun disebarkan melalui rantaian perdagangan antarabangsa. 

“Apabila orang bercakap tentang perdagangan hidupan liar, mereka mungkin selalu akan teringat tentang penyeludupan gading ataupun penjualan hidupan liar sebagai binatang peliharaan. Namun, perdagangan hidupan liar sebenarnya telah biasa wujud dalam kehidupan sehari-hari kita, lebih daripada apa yang kita sangkakan. Contohnya, kayu balak yang digunakan untuk membuat meja makan keluarga anda buat menikmati makan malam bersama, meja tersebit mungkin sekali produk daripada perdagangan hidupan liar,”kata Caroline Fukushima, penyelidik di Muzium Alam Semulajadi Finnish (Luomus), University of Helsinki.

Illegal logging in Brazilian Amazon. Photo: Marco Antônio de Freitas.
Perdagangan hidupan liar akan memberi padah kepada spesies lain, termasuklah kita, manusia. 

Perdagangan hidupan liar boleh berlaku secara sah di sisi undang-undang, haram dan tidak terkawal, lestari mahupun sebaliknya. 

“Namun begitu, masyarakat perlu sedar yang perdagangan hidupan liar biarpun secara sah di sisi undang-undang, tidak bermakna ia berlaku secara lestari. Perdagangan hidupan liar secara harap dan tidak lestari (Illegal / Unsustainable Wildlife Trade, “IUWT”) hanyalah salah satu daripada penyebab kehilangan biodiversiti dan kepupusan di peringkat global,” kata Fukushima. 

Selain daripada spesies sasaran, perdagangan seringkali mengancam spesies lain yang berinteraksi dengan spesies asal atau spesies yang diperkenalkan. Akhirnya, aktiviti perdagangan hidupan liar ini memberi kesan kepada perkhidmatan ekosistem yang melibatkan spesies lain, termasuklah kita manusia. Selalunya, spesies lain yang dipertaruhkan dan menjadi mangsa dalam proses ini, walaupun kewujudan mereka tidak disedari.   

“Spesies pendatang berbahaya, penyakit zoonotik, hubungkait dengan rasuah den jaringan jenayah, akan memberi kesan buruk kepada ekonomi tempatan dan antarabangsa, selain menyebabkan ketidakadilan daripada segi ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Kebanyakan daripada kesan buruk perdagangan hidupan liar tidak dapat dikawal dan diurus dengan baik,” kata Pedro Cardoso, salah seorang penyelidik yang menyumbang kepada banyak penerbitan,  juga daripada Luomos.

Kerjasama sangat diperlukan dengan segera

Sekumpulan ahli pemuliharaan biologi antarabangsa, aktivis, pengamal dan penguatkuasa undang-undang, dan ahli-ahli pelaksana lain telah membina manifesto “World Scientists’ Warning to Humanity”  yang dikeluarkan oleh Kesatuan Saintis Sedunia. Kesatuan ini mahukan satu pemerhatian semula tentang perdagangan hidupan liar secara haram dan tidak lestari, dan kesan buruk aktiviti ini terhadap manusia sejagat. 

Kesatuan ini membincangkan cabaran yang dihadapi dalam menghadapi isu perdagangan hidupan liar dan tidak lestari, serta mencadangkan penyelesaian yang praktikal untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga menekankan kepentingan segera untuk sebarang kerjasasama dilakukan antara badan pelaksana antara pelbagai disiplin,  untuk menghentikan kesan buruk aktiviti perdagangan tersebut.  

“Memahami budaya hingga ke akar umbi, dan pendorong penggunaan hidupan liar adalah sangat penting untuk mengambil kira nuansa  budaya dan sosial, serta dapat memperkembang strategi pemuliharaan untuk terus berjaya,” kata Caroline Fukushima. 

Penulis ingin menekankan keperluan untuk mengukur skop, skala dan kesan  perdagangan hidupan liar terhadap keseluruhan biodiversiti. Strategi bergantung kepada ketepatan dan keutuhan pengetahuan tentang biodiversity yang dijana oleh saintis dan pakar lain termasuklah saintis masyarakat dan ahli pemuliharaan yang bekerjasama dengan komuniti tempatan bersama agensi bukan kerajaan tempatan dan antarabangsa. 

Untuk mengawal perdagangan hidupan liar memerlukan penglibatan semua daripada semua disiplin seperti sosiologi, ekonomi, kajian tentang jenayah, pemasaran social, dan sains komputer. Penglibatan manusia perlulah melibatkan semua pihak dan peringkat dalam usaha pemuliharaan.

Banyak teknologi dan alatan terkini yang digunakan untuk menganalisis, mengesan, memerhati dan menghentikan perdagangan hidupan liar yang tidak lestari dan haram ini. Namun begitu, peningkatan kes berkaitan aktiviti ini membuktikan, hanya penguatkuasaan undang-undang tidak mencukupi untuk menghentikan jenayah ini. Pendidikan dan kesedaran am adalah faktor terpenting dalam mengubah sikap pengguna. Semua perlu melibatkan diri dalam membanteras aktiviti perdagangan hidupan liar yang haram dan tidak lestari ini. 

Illegal trade of shells. Photo: Marco Antonio de Freitas.

Apakah risiko perdagangan hidupan liar secara haram dan tidak terkawal?

  1. Aktiviti haram ini adalah penyumbang utama kepupusan hidupan liar
  2. Kepupusan spesies akan menyumbang kepada kepunahan dan kesan buruk kepada spesies yang lain dalam ekosistem
  3. Aktiviti haram ini menyumbang kepada kehadiran spesies pendatang daripada negara lain, dan kehadiran penyakit dari punca yang sama.
  4. Perdaganagan hidupan liar secara haram (atau IUWT) termasuklah pembalakan haram, akan memberi kesan kepada kawalan suhu, penyebaran biji benih, dan  perkhidmatan ekosistem lain. 
  5. Aktiviti ini akan memberi bekalan haiwan yang hidup, menyumbang kepada kewujudan penyakit zoonotik, dan penyakit berasaskan vector lain yang akan menyebabkan wabak pandemik yang lain. 
  6. Jenayah berangkai yang terkait rapat dengan penyeludupan hidupan liar, akan biasanya terlibat dengan rasuah dan penyelewengan semasa pemindahan dan aktiviti jual beli terjadi. 
  7. Aktiviti ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat tempatan yang bergantung hidup kepada hidupan liar ataupun perkhidmatan ekosistem yang dilakukan oleh hidupan liar tersebut. 
  8. IUWT dan aktiviti jenayah lain termasuklah peplepasan cukai  dan pengubahan wang haram yang mengganggu ekonomi sejagat.

Apa yang perlu kita lakukan untuk mengurangkan atau menghentikan perdagangan hidupan liar yang haram dan tidak lestari ini?

Sebagai ahli pemuliharaan, ahli penggubal polisi dan penguatkuasa undang-undang:

  1. Memastikan kelestarian penjualan atau perdagangan hidupan liar
  2. Memahami aspek budaya dan sosial berkaitan permintaan hidupan liar, dan merekabentuk strategi berlandaskan nuansa berkaitan untuk menghentikan IUWT
  3.  Mendengar dan melibatkan diri serta membantu kepemimpinan asyrakat tempatan yang bergantung hidup dengan perdagangan hidupan liar. 
  4. Bertanya tentang kawalan dan pengawasan aktiviti perdagangan hidupan liar melalui dalam talian
  5. Memastikan undang-undang negara memelihara hidupan liar daripada aktiviti IUWT
  6. Menyokong kajian saintifik dan menggunakannya sebagai rangka kerja pelaksanaan pemuliharaan dan polisi berkaitan.
  7.   Menjadikan teknologi dan sumber lain lebih mudah digunapakai untuk menghentikan aktiviti perdagangan hidupan liar. 
  8. Mencipta rangkaian perhubungan antarabangsa dalam kalangan professional dengan kepakaran yang terkait rapat dengan bidang seperti biologi, forensic dan pengawalan aktiviti perdagangan. 

Sebagai pengguna: 

  1. Memilih untuk menggunakan produk daripda sumber yang lestari, yang sah daripada sudut undang-undang dan memasarkan inisiatif yang direka untuk memastikan perdagangan dibuat secara lestari. 
  2. Menuntut kehendak politik dan peruntukan untuk inisiatif yang dapat membendung IUWT. 
  3. Meningkatkan kesedaran tentang IUWT dan mengurangkan atau mengubah tabiat penggunaan hidupan liar 
  4. Jangan membeli hidupan liar secara haram atau tidak lestari, ataupun produk berkaitan di pasar, pusat kebudayaan, secara dalam talian dan lain-lain
  5. Berfikir banyak kali sebelum mengetik butang “like” atau berkongsi dalam media sosial tentang paparan yang menggambarkan interaksi manusia-hidupan liar yang tidak semulajadi. 
  6. Tidak menyokong pusat tarikan pelancong atau menjadi sukarelawan di tempat yang menggalakkan interaksi manusia- hidupan liar. \

Pautan kepada kertas kajian: 

Cardoso et al. (2021) Scientists’ warning to humanity on illegal or unsustainable wildlife trade. Biological Conservation. https://doi.org/10.1016/j.biocon.2021.109341

Fukushima et al. (2021) Challenges and perspectives on illegal or unsustainable wildlife trade. Biological Conservation. https://doi.org/10.1016/j.biocon.2021.109342

Mahu tolong kami untuk membanteras perdagangan hidupan liar? 

Hubungi kami di: 

https://www.facebook.com/biodiversityresearch/

https://www.youtube.com/channel/UCF1mAiGL_G8iwUfnJHnymKQ

Pautan cadangan

Alliance to Counter Crime Online: https://www.counteringcrime.org/our-issues

TRAFFIC: https://www.traffic.org/

Hubungi penulis:

Pedro Cardoso (pedro.cardoso@helsinki.fi) dan Caroline Fukushima (caroline.fukushima@helsinki.fi), Muzium Alam Semulajadi Finnish, University of Helsinki.

About the authors:

Caroline Sayuri Fukushima (caroline.fukushima@helsinki.fi)

Caroline is a postdoc researcher at Finnish Museum of Natural History at the Laboratory for Integrative Biodiversity Research. She has been working with evolution, taxonomy, natural history, and behavior of arachnids since she was an undergrad student. All the experience obtained during years working with those amazing but unfairly feared animals is being used to understand the drivers of the legal and illegal trade of live tarantulas and scorpions and its impact on wild populations, aiming to propose effective ways to protect them. 

Pedro Cardoso (pedro.cardoso@helsinki.fi)

Curator at the Finnish Museum of Natural History, docent in Ecology at the University of Helsinki. Cardoso works in global conservation science, as well as in policy and the development of new computational methods to track species extinctions. With a predilection for spiders, he quickly realized that global solutions are needed for all of biodiversity, including the small creatures that truly make the world work. He is leading the Laboratory for Integrative Biodiversity Research (https://biodiversityresearch.org), which includes a team of 20 researchers who work in subjects as varied as conservation biology, biogeography and biodiversity informatics.

Other authors:

Patricia Tricorache, Natural Resource Ecology Laboratory (NREL), Colorado State University, USA. orcID: 0000-0003-1493-1028

Adam Toomes, Invasion Science & Wildlife Ecology Lab, University of Adelaide, Australia. orcID: 0000-0003-4845-1073

Oliver C. Stringham, School of Mathematical Sciences, University of Adelaide, Australia. orcID: 0000-0002-4224-7090

Emmanuel Rivera-Téllez, National Commission of Use and Knowledge of Biodiversity (CONABIO), Mexico. orcID: 0000-0001-6340-8001

William J. Ripple, Department of Forest Ecosystems and Society, Oregon State University, USA. 

Gretchen Peters, Center on Illicit Networks and Transnational Organized Crime (CINTOC), Washington, DC, USA. 

Ronald I. Orenstein, wildlife conservationist from Ontario, Canada. orcID: 0000-0002-1194-3835

Carlos A. Martínez-Muñoz, Zoological Museum, Biodiversity Unit. University of Turku, Finland. 

Thais Q. Morcatty, Oxford Wildlife Trade Research Group, Oxford Brookes University, Oxford, UK. orcID: 0000-0002-3095-7052

Stuart J. Longhorn, Arachnology Research Association, Birmingham, UK. orcID: 0000-0002-1819-3010

Chien Lee, Institute of Biodiversity and Environmental Conservation, Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia. orcID: 0000-0001-9578-2305

Sabrina Kumschick, Stellenbosch University and Kirstenbosch Research Centre, South Africa. orcID: 0000-0001-8034-5831

Marco Antonio de Freitas, Instituto Chico Mendes de Conservação da Biodiversidade (ICMBio), Brazil. 

Rosaleen V. Duffy, Department of Politics and International Relations, University of Sheffield, UK. orcID: 0000-0002-6779-7240

Alisa Davies, World Parrot Trust, Hayle, Cornwall, UK. 

Hubert Cheung, University of Queensland, Australia, and Atlas Conservation Initiative, Toronto, Canada. orcID: 0000-0002-5918-9907

Susan M. Cheyne, Oxford Brookes University, Oxford, UK. orcID:  0000-0002-9180-3356

Jamie Bouhuys, from the Netherlands.

João P. Barreiros, Centre for Ecology, Evolution and Environmental Changes (cE3c), Azores University, Portugal. orcID: 0000-0003-4531-6685

Kofi Amponsah-Mensah, Centre for Biodiversity Conservation Research, University of Ghana, Ghana. orcID: 0000-0002-8625-1681